Saturday, April 3, 2010

MONDOK DI JIAD SUD MEKAH

NOSTALGIA MENJADI SALIK ILMU DUNIA DAN AKHIRAT

Sub-blog ini iaitu nostalgia dan dimensi baru dibuat atas permintaan orang yang Tun Sheikh hormati selaku bapa angkat, kawan, sahabat seperguruan, guru ghost buster dan pendorong pengembaraan dimensi kebatinan. Tun Sheikh kenalkan di sini sebagai Pak Engku Raja atau Pak Engku sahaja. Beliau berdarah kerabat diraja Selangor. Beliau mendorong Tun Sheikh menulis pengalaman silam dengan harapan ada manfaatnya kepada pembaca dan kerana Allah semata.Dengan beliau Tun Sheikh banyak berkesempatan berziarah dan bertemu guru pengajar dan pengamal tasauf dari Sumatera, Selatan Thai dan Semenanjung. Insyaallah akan Tun tuliskan di sini. Pengalaman yang menjurus kepada kerohanian, mimpi, mistri atau alam gaib akan Tun Sheikh muatkan di blog DIMENSI dan peristiwa silam yang pada pandangan Tun Sheikh ada manfaat dan boleh dibuat pengajaran akan dimuatkan di NOSTALGIA.

Pengalaman bersama Pak Engku semasa kami mondok di Mekah pada awal tahun 1996 adalah suatu nostalgia suka duka dan masih segar dalam ingatan Tun Sheikh. Mondok bermaksud belajar agama secara pondok atau tinggal dikediaman sendiri yang disediakan berhampiran mesjid, surau atau kawasan perguruan.Kumpulan kami telah buat rancangan belajar agama di Mekah yang telah diatur oleh seorang guru Melayu Mekah yang terkenal. Kami bersetuju untuk menuntut ilmu dengan ulama terkenal Mekah selama enam bulam.Apabila tamat pembelajaran diploma Islam atau tamat semesta pembelajaran, dan sementara menunggu konvo kami telah mondok di Mekah sambil menunggu sehingga musim haji. Semua urusan telah diuruskan oleh wakil dari Mekah itu.

Tempat kami mondok ialah di Bukit Jiad. Bukit jiad ialah perkampungan masyarakat Melayu sejak tahun 1970-an apabila Bukit Jabal Kubis, wakaf sultan Melayu feudal dan tradisional kepada semua penuntut dari Jawi atau kepulauan Melayu Nusantara terutama dari Tanah Melayu dan Pulau Jawa diambil semula oleh Kerajaan Arab Saudi dan digantikan dengan Bukit Jiad.Jabal Kobis kini telah dibangunkan dengan hotel-hotel diraja bertaraf lebih dari 5 bintang oleh kerajaan Arab Saudi.

Satu peristiwa yang tidak kami lupakan ialah ketika kena kejar dengan pihak berkuasa kerana dianggap tinggal secara haram tanpa mengambil visa haji sekembalinya kami dari kelas pengajaran Sheikh Karim Al Banjari di Mesjidilharam. Terselak kain pelekat Pak Engku sampai ke peha ketika melarikan diri di celah-celah rumah berhampiran. Bayangkan seorang kerabat diraja yang terduga sebegitu kerana berusaha mencari ilmu dengan menurunkan darjat menjadi rakyat biasa bersama-sama pelajar miskin Melayu di kota Mekah.

Sebahagian teman Tun Sheikh tertangkap dalam operasi itu tetapi kami dapati mereka dibebaskan segera apabila didapati mereka dari Malaysia. Rupa-rupanya pihak berkuasa Arab membuat operasi mencari dan menahan penduduk Melayu Indonesia kerana dianggap segaja datang untuk tinggal di Mekah mencari pendapatan hidup bukan kerana menuntut ilmu. Perbedaan pelajar Melayu dari Malaysia di Mekah ialah mereka mempunyai perbelanjaan yang cukup dan mempunyai tiket penerbangan balik. Mereka juga datang dengan niat untuk belajar dan tidak bekerja.

Tun Sheikh yang berlari menyembunyikan diri dengan Pak Engku berasa mengah juga dada dan bernafas kencang dengan kelenguhan lulut kerana terpaksa menaiki tangga-tanga lorong yang sangat banyak dibina bagi kegunaan penduduk di seluruh Bukit Jiad. Bayangkan ketika itu Pak Engku usianya sudah 60 tahun tetapi kelihatan lebih kuat dan bersemangat daripada Tun Sheikh.

Apabila balik ke Malaysia, Pak Engku telah menonjolkan isu usaha kerajaan Malaysia mengawal jemaah haji ke tanah suci Mekah yang menunaikan fardu haji melalui ejen seperti kami ikuti. Pak Engku sangat marah tindakan kerajaan menyekat rakyat Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran agama secara mondok dan sekaligus menunaikan fardu haji di Mekah. Perbelanjaan yang kami sediakan memang sangat murah berbanding yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji. Tetapi yang sangat penting ialah ilmu yang kami peroleh. Ilmu yang diajar oleh ulamak besar di Mekah.

Terdapat juga agen-agen pelancongan yang menguruskan jemaah haji tetapi tidak mengikut perguruan seperti kami.Natijah dari hasil usaha dan keputusan kerajaan Malaysia yang menggunakan kuasa dan pengaruh kuasa diplomatik kerajaan maka pada tahun 2000 telah tiada lagi dibolehkan pelajar Malaysia menuntut secara pondok di Mesjidilharam. Malah semua agensi pelancongan wajib berdaftar dan hanya melalui Lembaga Tabung Haji sahaja, jemaah dibenarkan ke Tanah Suci.

Setelah pulang dari Mekah pada Jun 1996, Tun Sheikh telah menerima Diploma Tasauur dan Tasauf Islam yang Tun Sheikh ikuti di sebuah institusi swasta. Teman-teman UMNO Tun Sheikh telah mencanang bahawa ibadah haji Tun Sheikh tidak sah kerana tidak melalui Lembaga Tabung Haji dan diploma yang Tun Sheikh peroleh juga tidak diiktiraf oleh kerajaan. Sejak itu Tun Sheikh terasa tiada kemanisan lagi terhadap UMNO kerana memahamkan Islam mengikut pemikiran kebudayaan Melayu.

Apa yang ingin Tun Sheikh paparkan di sini ialah rasa kesedihan dan dukacita Tun Sheikh kerana hasil daripada propaganda Melayu UMNO, peluang anak-anak Melayu dari keluarga kurang berpendapatan dan tidak memiliki keputusan pelajaran cemerlang telah tertutup langsung untuk mempelajari agama Islam dari ulamak-ulamak besar Mekah. Lagi mendukaciatakan apabila mulai tahun 2005 pelajar-pelajar yang mendapat kebenanaran dari kerajaan Malaysia sahaja yang boleh melanjutkan pelajaran ke negeri-negeri Timur Tengah. Sehingga kini tidaklah tahu Tun Sheikh apa kedudukannya. Pada ketika itu Tun Sheikh hanya nampak bahawa orang Melayu UMNO telah menggunakan kuasa demi kepentingan politik sempit Melayu mereka kerana khuatir rakyat berkefahaman agama tidak akan menyokong UMNO.

Sehingga ke hari ini, apabila Tun Sheikh membicarakan soal keikhlasan UMNO bersama Pak Engku dan beberapa kenalan yang telah mencapai tahap tuan guru, ulamak dan sebagainya terhadap polisi islam UMNO, mereka secara tegas dan jujur mengatakan bahawa itulah puncanya keberkatan perjuangan UMNO terangkat sedikit demi sedikit sehingga tiada lagi kelihatan cahaya kebaikan kecuali politik pemerintahan yang menjurus kepada kearakusan.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

3 comments:

  1. assalamu'alaikum.... saya nak tanya , macam mana sy nak belajar kat tempat ni????
    kalau boleh jawab kedlam FB sy ( dic_122011@yahoo.com).. tolong bagi tahu sy..

    ReplyDelete
  2. Assalamaikum, saya pelajar uitm. Saya ingin belajar di sana. Boleh contact saya 0172438114 - muhammad haziq

    ReplyDelete
  3. saya juga ingin belajar disana

    ReplyDelete

 
Copyright 2009 Nostalgia
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere