TINJAU BETUL-BETUL SEBELUM AKAL DIKUASAI NAFSU KETIKA MENCARI PASANGAN HIDUP
Beberapa panduan agama telah Tun
Sheikh nukilkan bagi mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Perkara ini
tidak boleh dipandang remeh kerana akibatnya atau natijahnya akan dihadapi
ketika menjalani hidup bekeluarga sendiri. Pertemuan jodoh boleh dibahagi
kepada 4 kumpulan utama iaitu berkahwin kerana kecantikan, berkahwin kerana kemuliaan
keturunan, berkahwin kerana pangkat atau harta dan berkahwin kerana dalam
kefahaman agama. Bagi diri Tun Sheikh, hal ini telah menjadi nostalgia..
Secara ringkasnya semua kumpulan pasangan tersebut telah Tun Sheikh
temui dalam keluarga besar Tun Sheikh sendiri. Sebagai contoh dan iktibar abang
sepupu Tun Sheikh berpisah pada usia perkahwinan yang ke 30 kerana tidak dapat
menerima isterinya yang masih meneruskan penjagaan kecantikan tubuh badan dan
berdegil untuk menutup aurat. Isterinya memang terkenal sebagai jelitawan dalam
keluarga tetapi boleh dikatakan hampir taksub kepada kecantikan dirinya
sehingga tidak mahu bekeluarga besar dan banyak wangnya habis digunakan untuk membeli bahan dan
peralatan kecantikan. Mereka hanya beranak dua, sepasang lelaki dan perempuan.
Si isteri akhirnya membongkar rahsia makan ubat mengelak hamil tanpa izin
suami. Setelah berpisah, masing-masing berkahwin lagi dan sepupu Tun Sheikh
dikurniakan dua orang anak yang comel dan kelihatan bahgia dengan isterinya
yang berasal dari Kelantan yang dalam
fahaman agamanya. Sepanjang usia perkahwinannya yang pertama dulu, Tun Sheikh dapat berasakan bahang kecelaruan
rumah tangga kerana isterinya mempertahankan kecantikan. Menutup aurat menjadi
masalah kerana beranggapan menutup nikmat memperagakan fesyen dan kecantikan
diri.
Seorang
sepupu lagi berpisah di usia perkahwinan 13 tahun setelah memiliki 3 orang anak
kerana isterinya memberi alasan tidak tahan dan tidak berpuashati terhadap
suaminya yang sering tidak di rumah
kecuali seminggu sekali disebabkan tempat bekerja yang jauh. Setelah pihak
keluarga campur tangan menyiasat, mendapati isterinya berlaku curang dan berasa
bersalah tetapi meletakkan kesilapan itu kepada keadaan suaminya. Beliau telah
menebus talaq dengan nilai RM100,000.00. Ini adalah contoh isteri dari
keturunan tidak baik kerana dalam keluarganya kes berzina dan sumbang mahram
adalah perkara biasa. Mereka juga suka merujuk kepada dukun dan bomoh sehingga
pernah sepupu Tun Sheikh mengadu tubuh isteri sentiasa berasa panas ketika
disentuh dan menghilangkan nafsunya untuk mendekati isteri ketika sesekali
pulang ke rumah. Selain daripada itu isterinya seperti tidak menyukai beliau
melakukan solat dan tidak pernah mahu ikut ke surau atau mendengar ceramah
agama. Berjemaah mengimamkan suami jauh sekali.
Ada juga saudara Tun Sheikh yang
berpisah di usia perkahwinan ke 20 kerana berasa terus terhina oleh keluarga mertuanya
meskipun beliau telah berjaya, berpangkat dan berharta tetapi dianggap masih tidak setanding
dengan kekayaan mertuanya. Isterinya terikut-ikut dengan kebanggaan keluarganya
dan tanpa sedar sering merendahkan maruah diri suaminya. Mereka memiliki 5
orang anak dan kesabaran suaminya selama usia perkahwinan pecah apabila beliau
berkahwin lagi. Anehnya perpisahan
mereka bukan kerana isteri yang naik berang dimadukan tetapi isterinya sendiri
sering mencari pelbagai sebab minta berpisah sepanjang usia perkahwinan mereka sejak beranak
dua. Isterinya menganggap suaminya tidak ada standard dan kelas. Keluarganya
pula sering memperlekeh suaminya sebagai
golongan bawahan.
Tun Sheikh bersyukur kerana dapat banyak
pelajaran daripada lingkungan keluarga sendiri. Majoriti yang dikurniakan
dengan banyak anak dan berjaya adalah dari kumpulan yang dijodohkan oleh orang
tua mereka dan akhlak agama menjadi pilihan utama. Saudara mara yang menemui
jodoh atau dengan pilihan sendiri yang mengutamakan agama, juga masih kekal dan
kelihatan berbahgia dengan keluarga mereka. Mereka adalah pasangan yang faham
dan mengamalkan syariat agama selaku cara hidup seharian. Ada yag beristeri
ramai tetapi tidak terhidu kecelaruan. Anak-anak mereka berjaya . menimba ilmu
hingga ke menara gading dan tiada yang mengidap penyakit kronik. Alhamdulillah
sihat walafiat dan sungguh beradab apabila bersirahturahmi terutamanya di musim
raya.
Berbanding dengan isteri dan
keluarga yang berpisah kerana isu kecantikan, anak-anak mereka membawa haluan
sendiri. Manakala ibunya yang berkahwin dengan orang politik kelihatan terlalu
sibuk ke sana ke sini sehingga akhir-akhir ini disyaki mengidap barah rahim dan
payu dara. Si isteri beranak 3 pula gagal kahwin dengan suami orang apabila
mendapat bantahan daripada anak-anaknya yang sedang remaja. Masih berbangga
dengan keupayaan menebus talaq RM100,000.00 meskipun secara ansuran. Beliau
pandai mengeksploit dirinya dengan dunia perniagaan melalui internet dan jualan
langsung. Nasihat bekas suami dan keluarganya supaya tidak menjadi peraga
jualan barang dan minyak mengkuatkan tenaga bathin dan kemaluan lelaki yang
memalukan tidak diendahkannya.
Isteri yang balik ke pangkuan keluarga kerana
bermegah dengan harta dan kekayaan pula sedang terperosok dalam rumah besar.
Beliau tidak berani keluar kerana melarikan diri dari penagih hutang sementara
menunggu perbicaraan mahkamah kes bankrupsi. Anak-anak pula menjadi mangsa
dalam lingkungan pergaulan mereka di sekolah . Anak-anak yang telah besar cuba
berdikari mengasingkan diri. Tetapi apakah nasib baik akan menyebelahi kepada
anak-nak yang telah biasa tengelam dalam kemewahan keluar dari sarang dengan
berbekal SPM yang tidak cemerlang. Tentunya dapat dibayangkan keperitan hidup
dan tekanan physaikologi mereka. Sebenarnya anak-anak adalah mangsa kepada pepecahan
keluarga induk yang dibina tanpa wawasan dan pandangan jauh yang tidak berpandukan
petunjuk agama.
Petunjuk agama pada dasarnya
adalah pemandu ke arah kesejahteraan dan keselamatan . Islam terutamanya adalah
jalan memacu ke arah itu dalam bentuk yang sederhana tetapi sempurna. Islam bukan sahaja
memandu di separuh jalan atau ketika di peringkat separuh matang mahupun di
penghujung. Sebenarnya Islam memandu kehidupan kepada kesempurnaan yang ideal dari
peringkat tiada kepada wujud dan kembali kepada tuhan pencipta. Sempurna dalam
keselamatan dan kebahgiaan.
Sekiranya kita adalah pasangan
yang mengutamakan agama, semua masalah kehidupan adalah dugaan dan pembersihan
diri supaya lebih berusaha mendekatkan diri kepada tuhan dan menjadi hamba yang
besyukur. Dengan mengingati Allah, jiwa menjadi tenang tidak kira siapa dengan
syarat tidak melakukan kefasikan ketika dalam kesulitan dan tidak sombong
ketika berada atau kaya.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Tmn Tun Dr Ismail KL 3.3.2015